Internet Rumah 5G Plug & Play

U Home 5G Free Router

RM58 - RM68 /bulan
Harga Mengikut Pilihan

Semenanjung

RM68 /bulan

Sabah/Serawak/Labuan

RM58 /bulan

Pilihan dibuat dalam borang permohonan.

Tertakluk pada semakan liputan kawasan dan pengesahan pihak provider.

Kelebihan Pelan

WiFi 5G Tanpa Had

Nikmati internet tanpa had kuota dengan sambungan 5G yang laju untuk kegunaan harian.

Plug & Play

Tak perlu tebuk dinding atau tunggu juruteknik. Pasang router, hidupkan dan terus guna.

Penjimatan Rebat Bulanan

Harga promosi serendah RM68/bulan untuk Semenanjung dan RM58/bulan untuk Sabah, Sarawak & Labuan.

Sokongan Sehingga 64 Peranti

Telefon, TV, laptop, tablet dan peranti lain boleh disambungkan serentak.

Spesifikasi Pelan
Provider
Tempoh Kontrak
24 bulan
Pendaftaran
100% Online
Penerangan Produk

U Home 5G ialah internet rumah Plug & Play yang mudah digunakan tanpa pemasangan fibre. Pakej ini hadir bersama WiFi 6 Router 5G + SIM, dengan Unlimited Data 5G/4G dan kelajuan sehingga 800Mbps, bergantung pada liputan kawasan.

Bila router sampai, hanya masukkan SIM, hidupkan router dan terus sambungkan peranti ke WiFi. Sesuai untuk streaming, gaming, kerja dari rumah, pembelajaran online dan kegunaan seisi keluarga.

Pendaftaran dibuat 100% secara online dan percuma di EZTelco, dengan pelan bermula RM58/bulan untuk Sabah, Sarawak & Labuan dan RM68/bulan untuk Semenanjung Malaysia. Pakej router disertakan kontrak 24 bulan serta jaminan router sehingga 24 bulan.

🔥 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡
✅ Unlimited Data 5G/4G
✅ WiFi 6 Router 5G + SIM disediakan
✅ Kelajuan sehingga 800Mbps
✅ Plug & Play
✅ Kontrak 24 bulan
✅ Jaminan router sehingga 24 bulan

Pilihan Harga

💬 Chat kami terlebih dahulu jika ingin semak coverage kawasan.

⚠️ Harga RM58 / RM68 adalah komitmen bulanan pelan U Home 5G kepada U Mobile. Semua promosi, kelajuan, penghantaran dan kelulusan tertakluk kepada terma semasa U Mobile.

Keperluan Pendaftaran Keperluan Permohonan

Salinan MyKad

Dokumen

Gambar MyKad bahagian depan dan belakang yang jelas serta tidak berbayang bagi pengesahan identiti rasmi.

Syarat Umur & Status Pemohon

Kelayakan

Terbuka kepada warganegara atau pemastautin berumur 18 tahun ke atas serta bebas daripada senarai hitam telco.

Semakan Liputan Rangkaian

Maklumat

Pastikan lokasi kediaman anda berada dalam lingkungan liputan 5G/4G bagi menikmati prestasi sambungan terbaik.

Alamat Penghantaran

Maklumat

Pastikan alamat penghantaran serta nombor telefon yang diberikan adalah tepat untuk memudahkan proses penghantaran SIM dan router.

Soalan Lazim
Berapa laju internet U Home 5G?

U Home 5G menggunakan rangkaian 5G dan 4G dengan kelajuan tanpa had tetap. Kelajuan sebenar bergantung pada liputan, kekuatan signal, lokasi router dan kesesakan rangkaian. Memang sesuai untuk streaming, gaming, video call dan kerja dari rumah.

Berapa banyak peranti boleh sambung sekali gus?

Boleh sambungkan banyak peranti seperti telefon, Smart TV, laptop, tablet dan CCTV pada masa yang sama. Jumlah maksimum bergantung pada model router yang diterima, jadi memang sesuai untuk kegunaan seisi rumah.

Ada kontrak ke?

Ya ada kontrak selama 24 bulanuntuk pakej bersama Router 5G.

Kena tunggu juruteknik datang pasang ke?

Tak perlu. U Home 5G memang Plug & Play. Masukkan SIM ke dalam router, hidupkan router dan dalam beberapa minit dah boleh sambung internet. Tak perlu tarik kabel fibre atau tebuk dinding.

Kawasan rumah saya ada coverage tak?

Boleh semak coverage U Mobile terlebih dahulu sebelum daftar. Lagi bagus signal 5G di kawasan rumah, lagi baik pengalaman internet yang anda boleh dapat.

Kalau kawasan saya belum dapat 5G, masih boleh guna tak?

Boleh. Router U Home 5G juga boleh berfungsi menggunakan rangkaian 4G apabila 5G tidak tersedia.

Internet betul-betul unlimited ke?

Pelan ini dipasarkan sebagai Unlimited Home WiFi. Untuk pakej U Home 5G bersama Router WiFi 6 yang sedang ditawarkan, U Mobile menyatakan 1,000GB FUP. Selepas penggunaan yang sangat tinggi, kelajuan mungkin tertakluk kepada polisi penggunaan U Mobile.

Boleh guna SIM U Home 5G untuk call atau SMS?

Tak boleh. Pelan ini memang khas untuk internet/data sahaja, jadi ia tidak menyediakan panggilan suara atau SMS.

Ada caj pendaftaran jika daftar melalui EZTelco?

Tak ada. Pendaftaran melalui EZTelco adalah percuma dan tiada caj servis pendaftaran tambahan daripada kami. Anda hanya perlu membuat bayaran yang berkaitan dengan pelan U Home 5G mengikut terma semasa U Mobile.

Bersedia untuk bermula?

Daftar mudah dalam beberapa minit

Lengkapkan maklumat anda secara online dengan beberapa langkah mudah dari mana-mana sahaja.